Thursday, June 7, 2012

RESTORAN NASI SILA LAHAR KEPAR

Restoran ni nak makan kena bersila ke?
Dulu kena la sebab ruang kedai di tepi rumah je. Ruang tamu rumah tu jadi tempat makan. Tapi leni dah ada pilihan. Nak bersila ada, nak duduk atas kerusi pun ada sebab depa dah pindah kat tempat baru.

Bersila tu...

Kalau setakat makan bersila, kat rumah pun boleh. Apa specialnya kat situ sampai glamour semacam?
Mmm... Bagi saya lauknya panas-panas. Dia masak dan terus hidang.

Chef Ismail pun datang tu...
 Lauk sedap tak?
Kalau nak rasa selera melayu Kepala Batas ni la tempatnya. Tapi nak taste nasi kandar, kat sini bukan lah...

Contoh menu?
Ayam goreng dia sedap sebab garing. Katanya ayam tu dimasak 2 kali. Tu yang buat rangup semacam je. Lagi pun lauk pauk panas-panas mesti lah sedap kan...

Tengokla Lauknya...



Ramai orang tak?
Tempat glamour memang la penuh terutamanya hujung minggu.


Tengok Q panjang tu...
Waktu operasi macam mana?
Tu penting takut-takut pi tutup lak. Buka dari jam 8mlm sampai jam 12tgh malam. Tutup hari Sabtu tau.


Parking susah tak? Malas la pergi tempat parking tak ada nie...
Ooo... Jangan risau sebab lokasi baru nie parking ada.


Tak ada review ke?
Ada... Click link kat bawah. Review dia ok sebab baru lagi tu.


Blog Owner : Nasi Sila Lahar Kepar
Review by blogger

Bagi la idea bila time cun nak pi...
Saya cadangkan selepas Marghrib dan jarak dari Homestay TUDM Butterworth 10km je. Jalan pun senang je. Landmarknya Nasi Sila atau Sek Keb Rendah Lahar Kepar.


Lupa lak, ada peta Google Maps tak?
Mesti la ada. Tengok kat bawah.


Inilah keistimewaan homestay TUDM Butterworth yang cuba kami kongsikan lokasi terahsianya kepada anda. Restoran Nasi Sila sudah menjadi treatmark di Kepala Batas. Pada 10 tahun lepas, saya pelik melihat kewujudan restoran ini kerana hendak makan perlu bersila macam duduk di rumah kampung sedangkan pada waktu itu trend ke arah makan berkerusi meja. Selain itu, hidangan juga di hidangkan di dalam talam besar dan dikongsikan bersama kawan-kawan. Menambah peliknya kerana ramai penggunjung beratur panjang dan ramai pelanggan adalah kaum cina. Saya mencubanya selepas potong Q dengan menggunakan slang KL. Rasanya sedap dan sebelum pergi saya telah dipesan oleh kawan saya supaya jangan mengambil udang galah kerana harganya mahal, tapi memang geram melihat udang besar bergoreng disitu (waktu tu saya baru je start kerja so pulus pun ciput la... Kalau sekarang maunya ambil 3 ekor). Bagi anda jangan lepaskan peluang ini dan ianya boleh dijadikan kenangan manis.

Direction dari Homestay TUDM Butterworth;

Screen Capture



Image Google Map tidak akan kelihatan jika anda block pop-up security...



View Larger Map




No comments:

Post a Comment