Sunday, June 17, 2012

MERANCANG AKTIVITI

Sayang, jom pergi melancong?
Ayang plan nak bercuti kat mana?

Kita travel ke Bandung nak?
Ayang, awak ingat murah ke naik flight ke oversea tu?

(Tips nak search tiket air asia murah : http://fleapy.com/)


Ala, Air Asia kan ada... Kita cari la time sale murah-murah...
Awak ingat tiket je murah tapi tak campur lagi airport tax, insurance, hotelnya... Yang paling penting passport tu RM200 satu kepala. Awak kena ingat kita ni sekeluarga 6 orang. Kat situ saja dah cecah RM1,200 tau. Jangan ikut kawan-kawan awak kat facebook tu, pergi melancong oversea sana sini tapi pergi sorang-sorang atau laki bini je... Kita sekeluarga kena bersama, susah senang sama-sama tanggung.

Ni malas sembang ni...
Bukan apa... Kita kena ukur baju kat badan sendiri. Kawan-kawan awak kat FB tu post gambar nak menunjuk la tu. Kita tak tau tah-tah dia orang tu pergi guna card credit. Balik je gaduh laki bini sebab pening nak bayar hutang.

Ok-ok la. Tahun ni tak payah pergi mana-mana. Jangan buat open house, tak ada modal nak sembang.
Bukan macam tu. Kita melancong kat local je...

Bosan la... Asyik-asik PD, Cameron, Penang. Ayang pi la Tasik Kenyir kg abang tu. Tempat jin bertendang tu.
Jangan kutuk Tasik Kenyir tau. Tempat tu la abang dibesarkan. Kalau tak ada tasik tu jangan harap la Malaysia ni ada elektrik tau. Awak tau tak, kat kampung kami Generator Diesel orang kampung bakar sebab KL dah dapat elektrik 24 jam tapi kampung kami masih 12 jam. Sedangkan dam tu belakang kampung je...Lagi satu, kalau awak nak tau...

Tak payah sambung. Dah tau. Tu nak explain pasal kat dalam Tasik Kenyir ada Tamadun manusia sezaman Firaun atau pasal sejarah orang Melayu adalah keturunan Yahudi dari kaum yang hilang tu lost of tribes atau the promise land...
Tau pun... Tapi abang percaya orang Melayu akan hapuskan Yahudi sebagaimana hadis kata Imam Mahdi bergerak dari Timur.

Main Cover Malay is Land of Promise

Abang... Awak tu engineer buat jalan sana sini. Buka peta google maps tu. Arah timur dari Mekah sah-sah adalah Jepun. Le ni depa tu majoriti bukan Islam dan sembah tuhan matahari... Saya tak nak komen pasal hadis tapi arah Timur tu...
Ni seronok nak explain panjang lebar. Arah timur yang dimaksudkan dalam hadis tu memang betul tapi Yahudi dah tukar arah timur sebenarnya. Zaman nabi, arah Utara ditentukan oleh arah bulan bintang. Tapi Yahudi dah tukar kepada Utara magnet. Kat Wikipedia dah explain pasal true north dan magnetic north. Arah true north ada beza beberapa darjah. Bila senget sikit, Tanah Melayu tak masuk dalam peta Timur tu.



Perbezaan True North


Cuba awak bayangkan macam mana orang Melayu dapat peluk Islam dengan cepat yang mana sebelum tu hindu/budda. Abang percaya pada zaman nabi Muhammad orang Melayu dah bersepah kat Mekah berniaga.

Awak tau tak mumia firaun di awet dengan kapur barus yang mana bahan tu asal dari nusantara. Perkataan kapur dalam bahasa arab juga dipinjam dari perkataan melayu dan cuba bayangkan hadis nabi juga menggunakan perkataan kapur.

Lagi satu, dalam piramid ada ukiran pahlawan yang bersama-sama firaun melawan syaitan. Anehnya, dalam National Geogarafic Channel menjelaskan pahlawan tersebut adalah dari Asian sebab warna badannya coklat. Depa tak explain lebih detail sapa dia. Kalau perhatikan di ukiran tersebut di pinggangnya ada sejata aneh seperti keris, bertanjak dll...
Dah. Pening nak pikir...
Ok la. Back to topic. Ni nak pi local kat mana?

Penang dah 2 kali kita pi. Asyik pi mandi pantai kat Teluk Bahang dan tengok jambatan PP. Bosan la... Kalau nak makan nasi kandar kat KL bersepah tau...
Macam ni, Kita plan pi Penang tapi bukan kat Pulau tu tapi kat main land lak. Kita explore belah situ lak. Nak tak?

Idea abang?
Tak tau. Yang penting budget kita cukup sekeluarga 6 orang. Kesian kat budak-budak tu. Depa pun nak seronok melancong juga. Nanti boleh buat modal sembang dengan kawan-kawan dia orang. Sama macam awak juga...

Dialog di atas mungkin berlaku di kalangan kita yang berpendapatan sederhana. Sebenarnya terdapat banyak lokasi menarik di sekitar kita termasuklah di Penang yang belum diterokai. Cuma kita tidak tahu dimana dan bila kita boleh menerokanya.

Jangan risau, kami cuba memberi info lokasi menarik di sekitar Homestay TUDM Butterworth serta membuat itinerary kepada yang sudi mengikutinya.

Tunggu update post.

No comments:

Post a Comment