Tuesday, June 12, 2012

PASAR BERBISIK, KUALA MUDA

Hanya satu-satunya tempat di Malaysia dimana nelayan perlu berbisik dengan pemborong sebelum menjual hasil lautnya. Unik bukan? Kenapa anda tidak mengambil pengalaman ini bersama keluarga yang hanya mengambil masa 30 minit dari Homestay TUDM Butterworth?

Nelayan di Pantai

Jika anda bertuah dengan mencuba membida harga, anda mungkin mendapat hasil laut yang cukup murah seperti RM50 udang laut (4kg) berbanding harga RM200 di KL? Caranya mudah, tunggu nelayan menaikkan hasil laut dan berbisiklah nilai bidaan anda kepada nelayan tersebut .

Saya cadangkan anda memerhatikan pergerakkan nelayan dan pemborong sebelum membidanya. Kebiasaanya nelayan menjual dengan harga yang tertinggi dan mereka hendak selesaikan urusan jual beli tersebut dengan cepat supaya dapat pulang dengan segera (kes penat la kat laut tu...).


Berbisik untuk menjual

Anda berminat tetapi tiada tempat untuk memasaknya? Jangan risau, homestay kami mempunyai keperluan asas untuk memasak seperti dapur gas berserta periuk dan kuali. Beli ajelah pes siap di kedai runcit di hadapan homestay kami dan masaklah bersama keluarga. Idea lain, bakar stail BBQ di tepi pantai bersih sambil melihat air laut berirama.

Jika anda inginkan review daripada blogger, click link dibawah:

utanujanway.blogspot.com

Lokasi di Google Maps:


Screen Capture
Image Google Maps ini tidak akan kelihatan jika anda block pop-up security....


View Larger Map

No comments:

Post a Comment