Wednesday, June 20, 2012

Penjelasan

Terima kasih kepada anda semua kerana telah berhubung dan menjadi tetamu kami.

"Tuan pegawai, saya nak tanya homestay ini berada di kawasan Tentera Udara DiRaja Malaysia ke?"

Ini adalah persoalan pertama di ajukan kepada kami bagi pemanggil pertama kali berkenalan dengan kami.

Sebenarnya homestay kami tiada kaitan dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) tetapi bermaksud Teratak Untuk Diulik Mimpi (TUDM) dan lokasinya hanyalah berdekatan dengan TUDM Butterworth iaitu landmark bagi kawasan sekitarnya.

Oleh itu, kami mengharapkan kalian semua jangan takut untuk menjadi tetamu kami selepas ini...

No comments:

Post a Comment