Wednesday, June 20, 2012

Penjelasan

Terima kasih kepada anda semua kerana telah berhubung dan menjadi tetamu kami.

"Tuan pegawai, saya nak tanya homestay ini berada di kawasan Tentera Udara DiRaja Malaysia ke?"

Ini adalah persoalan pertama di ajukan kepada kami bagi pemanggil pertama kali berkenalan dengan kami.

Sebenarnya homestay kami tiada kaitan dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) tetapi bermaksud Teratak Untuk Diulik Mimpi (TUDM) dan lokasinya hanyalah berdekatan dengan TUDM Butterworth iaitu landmark bagi kawasan sekitarnya.

Oleh itu, kami mengharapkan kalian semua jangan takut untuk menjadi tetamu kami selepas ini...

Tuesday, June 19, 2012

Ruang Dalaman

Selesa dan ringkas itulah idea kami untuk pengunjung semua. Walaubagaimana pun keperluan asas dijaga supaya hajat semua tercapai.

Dengan hanya RM130/malam anda dapat menikmati pemandangan indah laut selat dan sawah padi.


Hubungi kami : Tel atau SMS 017 650 5718 (zaidi).

Homestay kami terletak di tingkat 10, Teluk Air Tawar dan mempunyai 3bilik tidur + 2 bilik air.

Ada 2 Katil Queen dan 1 Single bed. Tiada masalah parking dan lif.

Mungkin ada yang keliru perkaitan nama kami dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang mana ianya lebih bermaksud Teratak Untuk Diulik Mimpi (TUDM).

Ruang Tamu
Ruang tamu dilengkapi sofa dan tv untuk anda menikmati suasana malam yang mendamaikan di samping menikmati cahaya lampu star cruse melunsuri Selat Melaka di Pulau Pinang.



Ruang Tamu
Dapur
Keperluan asas memasak disediakan seperti dapur gas, periuk, kuali, cerek dan disimpan di dalam kabinet.


Dapur yang ringkas
 Master Bedroom
Ringkas dan mencapai keperluan bagi tidur yang lena sambil mendegar siulan angin Pulau Pinang


Queen Bed

Single Bedroom
Ruang yang ada boleh dinikmati bagi yang memerlukannya..


Single Bed




Monday, June 18, 2012

CHAR KUEY TEOW

Ejaan yang pelbagai tetapi mempunyai menu yang sama serta berlainan resepi. Jujur saya katakan, setelah menikmati char kuey teow di Penang sampai kini saya masih mencarinya walaupun dimana saya pergi. Namun, rasa char kuey teow tidak sama seperti di Pulau Pinang.

Udang dan kuah menceritakan kesedapannya

Saya mencadangkan anda perlu mencubanya apabila anda singgah di Pulau Pinang. Antara char kuey teow yang glamor ialah Sg. Dua Char Kuey Teow dan lokasinya hanya 10km dari Homestay TUDM Butterworth.

Signboard yang mungkin akan terus kekal di ingatan


Kebiasaanya orang ramai selepas isyak dan dicadangkan anda bergerak selepas maghrib menuju ke Sg Dua melalui BORR dan betul-betul selepas jejambat PLUS exit Sg Dua. Jangan risau, peta di sediakan... Ingat tutup hari RABU.

Click link untuk melihat review blogger..


Peta di Google Maps
Screen Capture Google Maps



View Larger Map


Logo yang pasti di ingati




Udang dan kuah yang berair pasti sedap

Sunday, June 17, 2012

MERANCANG AKTIVITI

Sayang, jom pergi melancong?
Ayang plan nak bercuti kat mana?

Kita travel ke Bandung nak?
Ayang, awak ingat murah ke naik flight ke oversea tu?

(Tips nak search tiket air asia murah : http://fleapy.com/)


Ala, Air Asia kan ada... Kita cari la time sale murah-murah...
Awak ingat tiket je murah tapi tak campur lagi airport tax, insurance, hotelnya... Yang paling penting passport tu RM200 satu kepala. Awak kena ingat kita ni sekeluarga 6 orang. Kat situ saja dah cecah RM1,200 tau. Jangan ikut kawan-kawan awak kat facebook tu, pergi melancong oversea sana sini tapi pergi sorang-sorang atau laki bini je... Kita sekeluarga kena bersama, susah senang sama-sama tanggung.

Ni malas sembang ni...
Bukan apa... Kita kena ukur baju kat badan sendiri. Kawan-kawan awak kat FB tu post gambar nak menunjuk la tu. Kita tak tau tah-tah dia orang tu pergi guna card credit. Balik je gaduh laki bini sebab pening nak bayar hutang.

Ok-ok la. Tahun ni tak payah pergi mana-mana. Jangan buat open house, tak ada modal nak sembang.
Bukan macam tu. Kita melancong kat local je...

Bosan la... Asyik-asik PD, Cameron, Penang. Ayang pi la Tasik Kenyir kg abang tu. Tempat jin bertendang tu.
Jangan kutuk Tasik Kenyir tau. Tempat tu la abang dibesarkan. Kalau tak ada tasik tu jangan harap la Malaysia ni ada elektrik tau. Awak tau tak, kat kampung kami Generator Diesel orang kampung bakar sebab KL dah dapat elektrik 24 jam tapi kampung kami masih 12 jam. Sedangkan dam tu belakang kampung je...Lagi satu, kalau awak nak tau...

Tak payah sambung. Dah tau. Tu nak explain pasal kat dalam Tasik Kenyir ada Tamadun manusia sezaman Firaun atau pasal sejarah orang Melayu adalah keturunan Yahudi dari kaum yang hilang tu lost of tribes atau the promise land...
Tau pun... Tapi abang percaya orang Melayu akan hapuskan Yahudi sebagaimana hadis kata Imam Mahdi bergerak dari Timur.

Main Cover Malay is Land of Promise

Abang... Awak tu engineer buat jalan sana sini. Buka peta google maps tu. Arah timur dari Mekah sah-sah adalah Jepun. Le ni depa tu majoriti bukan Islam dan sembah tuhan matahari... Saya tak nak komen pasal hadis tapi arah Timur tu...
Ni seronok nak explain panjang lebar. Arah timur yang dimaksudkan dalam hadis tu memang betul tapi Yahudi dah tukar arah timur sebenarnya. Zaman nabi, arah Utara ditentukan oleh arah bulan bintang. Tapi Yahudi dah tukar kepada Utara magnet. Kat Wikipedia dah explain pasal true north dan magnetic north. Arah true north ada beza beberapa darjah. Bila senget sikit, Tanah Melayu tak masuk dalam peta Timur tu.



Perbezaan True North


Cuba awak bayangkan macam mana orang Melayu dapat peluk Islam dengan cepat yang mana sebelum tu hindu/budda. Abang percaya pada zaman nabi Muhammad orang Melayu dah bersepah kat Mekah berniaga.

Awak tau tak mumia firaun di awet dengan kapur barus yang mana bahan tu asal dari nusantara. Perkataan kapur dalam bahasa arab juga dipinjam dari perkataan melayu dan cuba bayangkan hadis nabi juga menggunakan perkataan kapur.

Lagi satu, dalam piramid ada ukiran pahlawan yang bersama-sama firaun melawan syaitan. Anehnya, dalam National Geogarafic Channel menjelaskan pahlawan tersebut adalah dari Asian sebab warna badannya coklat. Depa tak explain lebih detail sapa dia. Kalau perhatikan di ukiran tersebut di pinggangnya ada sejata aneh seperti keris, bertanjak dll...
Dah. Pening nak pikir...
Ok la. Back to topic. Ni nak pi local kat mana?

Penang dah 2 kali kita pi. Asyik pi mandi pantai kat Teluk Bahang dan tengok jambatan PP. Bosan la... Kalau nak makan nasi kandar kat KL bersepah tau...
Macam ni, Kita plan pi Penang tapi bukan kat Pulau tu tapi kat main land lak. Kita explore belah situ lak. Nak tak?

Idea abang?
Tak tau. Yang penting budget kita cukup sekeluarga 6 orang. Kesian kat budak-budak tu. Depa pun nak seronok melancong juga. Nanti boleh buat modal sembang dengan kawan-kawan dia orang. Sama macam awak juga...

Dialog di atas mungkin berlaku di kalangan kita yang berpendapatan sederhana. Sebenarnya terdapat banyak lokasi menarik di sekitar kita termasuklah di Penang yang belum diterokai. Cuma kita tidak tahu dimana dan bila kita boleh menerokanya.

Jangan risau, kami cuba memberi info lokasi menarik di sekitar Homestay TUDM Butterworth serta membuat itinerary kepada yang sudi mengikutinya.

Tunggu update post.

Tuesday, June 12, 2012

PASAR BERBISIK, KUALA MUDA

Hanya satu-satunya tempat di Malaysia dimana nelayan perlu berbisik dengan pemborong sebelum menjual hasil lautnya. Unik bukan? Kenapa anda tidak mengambil pengalaman ini bersama keluarga yang hanya mengambil masa 30 minit dari Homestay TUDM Butterworth?

Nelayan di Pantai

Jika anda bertuah dengan mencuba membida harga, anda mungkin mendapat hasil laut yang cukup murah seperti RM50 udang laut (4kg) berbanding harga RM200 di KL? Caranya mudah, tunggu nelayan menaikkan hasil laut dan berbisiklah nilai bidaan anda kepada nelayan tersebut .

Saya cadangkan anda memerhatikan pergerakkan nelayan dan pemborong sebelum membidanya. Kebiasaanya nelayan menjual dengan harga yang tertinggi dan mereka hendak selesaikan urusan jual beli tersebut dengan cepat supaya dapat pulang dengan segera (kes penat la kat laut tu...).


Berbisik untuk menjual

Anda berminat tetapi tiada tempat untuk memasaknya? Jangan risau, homestay kami mempunyai keperluan asas untuk memasak seperti dapur gas berserta periuk dan kuali. Beli ajelah pes siap di kedai runcit di hadapan homestay kami dan masaklah bersama keluarga. Idea lain, bakar stail BBQ di tepi pantai bersih sambil melihat air laut berirama.

Jika anda inginkan review daripada blogger, click link dibawah:

utanujanway.blogspot.com

Lokasi di Google Maps:


Screen Capture
Image Google Maps ini tidak akan kelihatan jika anda block pop-up security....


View Larger Map

Thursday, June 7, 2012

RESTORAN NASI SILA LAHAR KEPAR

Restoran ni nak makan kena bersila ke?
Dulu kena la sebab ruang kedai di tepi rumah je. Ruang tamu rumah tu jadi tempat makan. Tapi leni dah ada pilihan. Nak bersila ada, nak duduk atas kerusi pun ada sebab depa dah pindah kat tempat baru.

Bersila tu...

Kalau setakat makan bersila, kat rumah pun boleh. Apa specialnya kat situ sampai glamour semacam?
Mmm... Bagi saya lauknya panas-panas. Dia masak dan terus hidang.

Chef Ismail pun datang tu...
 Lauk sedap tak?
Kalau nak rasa selera melayu Kepala Batas ni la tempatnya. Tapi nak taste nasi kandar, kat sini bukan lah...

Contoh menu?
Ayam goreng dia sedap sebab garing. Katanya ayam tu dimasak 2 kali. Tu yang buat rangup semacam je. Lagi pun lauk pauk panas-panas mesti lah sedap kan...

Tengokla Lauknya...



Ramai orang tak?
Tempat glamour memang la penuh terutamanya hujung minggu.


Tengok Q panjang tu...
Waktu operasi macam mana?
Tu penting takut-takut pi tutup lak. Buka dari jam 8mlm sampai jam 12tgh malam. Tutup hari Sabtu tau.


Parking susah tak? Malas la pergi tempat parking tak ada nie...
Ooo... Jangan risau sebab lokasi baru nie parking ada.


Tak ada review ke?
Ada... Click link kat bawah. Review dia ok sebab baru lagi tu.


Blog Owner : Nasi Sila Lahar Kepar
Review by blogger

Bagi la idea bila time cun nak pi...
Saya cadangkan selepas Marghrib dan jarak dari Homestay TUDM Butterworth 10km je. Jalan pun senang je. Landmarknya Nasi Sila atau Sek Keb Rendah Lahar Kepar.


Lupa lak, ada peta Google Maps tak?
Mesti la ada. Tengok kat bawah.


Inilah keistimewaan homestay TUDM Butterworth yang cuba kami kongsikan lokasi terahsianya kepada anda. Restoran Nasi Sila sudah menjadi treatmark di Kepala Batas. Pada 10 tahun lepas, saya pelik melihat kewujudan restoran ini kerana hendak makan perlu bersila macam duduk di rumah kampung sedangkan pada waktu itu trend ke arah makan berkerusi meja. Selain itu, hidangan juga di hidangkan di dalam talam besar dan dikongsikan bersama kawan-kawan. Menambah peliknya kerana ramai penggunjung beratur panjang dan ramai pelanggan adalah kaum cina. Saya mencubanya selepas potong Q dengan menggunakan slang KL. Rasanya sedap dan sebelum pergi saya telah dipesan oleh kawan saya supaya jangan mengambil udang galah kerana harganya mahal, tapi memang geram melihat udang besar bergoreng disitu (waktu tu saya baru je start kerja so pulus pun ciput la... Kalau sekarang maunya ambil 3 ekor). Bagi anda jangan lepaskan peluang ini dan ianya boleh dijadikan kenangan manis.

Direction dari Homestay TUDM Butterworth;

Screen Capture



Image Google Map tidak akan kelihatan jika anda block pop-up security...



View Larger Map




Tuesday, June 5, 2012

Mee Udang Din Skot

Teringin makan mee udang?
Anda tidak perlu merayau jauh mencarinya, cuma 5 minit dari Homestay TUDM Butterworth.


Ada yang bertanya, glamour ke tempat nie?
Namanya cukup gah di Butterworth/Sungai Dua dan rasanya memang sedap kerana anda perlu memilih jumlah berat udang yang perlu di masak. Harga udang dipaparkan di white board (colour hijau sebenarnya). Jangan mengamuk kalau harganya mahal sebab anda pilih jenis dan berat udang yang hendak di masak.


Bila di buka yea?
Di buka jam 2 petang sampai 12 tgh malam (tapi tutup hari Selasa tau...)


Parking susah ke?
Tidak perlu risau kerana warungnya terletak di hujung jalan dan dan bukannya di tepi jalan besar.


Ramai tak orang?
Biasalah kedai glamour memang ramai terutamanya malam minggu. Kami syorkan selepas Marghib pi la sebab ramai orang keluar selepas Isyak. Ala 5 minit je dari homestay (kereta pun tak sempat habis minyak).

Ada gambar tak?
Ala... Dulu tak ada phone yang berkamera la... Tapi click je link nie ada info tempat tu.

Tuan Punya Blog : Mee Udang Din Skot
Review : Mee Udang Din Skot

Boleh bagi lokasinya?
Macam biasalah, tengok je kat google map nie... Dekat kan... :P

Screen Capture
Image Google Map ini tidak akan muncul jika anda block pop-up security...


View Larger Map

Monday, June 4, 2012

Ikan Bakar Din Kepala Batas

Alangkah sedapnya makan ikan bakar segar dan ulam-ulaman pelik...



Ulaman yang jarang ditemui. Cicah air asam kicap sedap tau
Jauh ke?
Taklah, 10 minit je dari homestay TUDM Butterworth.

Apa menunya?
Pelbagai jenis ikan, udang dan ayam bakar, ulaman pelik-pelik, sambal pencecah beberapa jenis yang sedap.Sup gear box pun ada. Saya suka daging bakarnya...


Ikan nampak hangus tapi isinya tetap sedap

Mahal ke?
Mmmm... tak tau la tapi design restoran macam warung biasa-biasa je. Tak mahal kot...


Pelbagai jenis ikan bakar
 
Boleh caya ke?
Tengok je pelanggan yang datang. Kalau semua naik BMW mahal la... Tapi nampaknya macam orang pejabat dan TUDM je...

Harga sederhana kot?
Restoran ni rate dia sederhana tak murah sangat la... Harga bukan warung la tapi bukan hotel.



Warung je design nya
  
Kalau harga cekik darah macam mana?
Ambil gambar kedai + resit dan report kat Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Ada review tak?
Ada. Click link nie...

Blogger review : Ikan Bakar Din Kepala Batas


Mmm...
Tak salah makan benda yang sedap dan bayar lebih sikit...

Saya nak harga warung tapi sedap.
Bukan di sini. Nanti saya bagi tau kat mana tu. Kalau kawan-kawan nak makan kat sini tengok Google Map nie je.

Pengalaman makan ikan bakar dan hasil laut di Restoran Ikan Bakar Din Kepala Batas memang menyeronokkan kerana rasanya dan pilihan masakkan yang disediakan. Namun, pihak kami tiada gambar terkini untuk dimuatkan di sini tetapi disediakan link untuk dilayarinya.

Ikan Bakar Din Kepala Batas

Lokasi Restoran Ikan Bakar:

Screen Capture


Image Google Map  tidak akan muncul jika anda block pop-up security...



View Larger Map