Wednesday, November 27, 2013

PERCUTIAN BUDGET

Kami tahu perbelanjaan kewangan untuk percutian adalah memeningkan dan memerlukan perancagan yang teliti. Gunakanlah sepenuhnya wang anda untuk mencapai maklamat percutian tersebut.

Homestay kami mempunyai 3 bilik tidur dan tv di ruang tamu bersofa untuk anda sekeluarga rehat seketika. Jika yang ingin memasak seketika, dapur berserta peralatan memasak juga disediakan.


Kami boleh merancang perbelanjaan anda supaya setiap nilai wang digunakan semaksima yang mungkin. Bandingkan nilai jika anda menginap di homestay kami dengan hotel di pulau:

    RM250.00 @ 2 malam di Homestay TUDM Butterworth
+ RM     7.00 @ Tol Jambatan Pulau Pinang & Ferry Butterworth
+ RM   20.00 @ Petrol Pusing Pulau Pinang
+ RM   18.00 @  Bayaran Keretapi Bukit Bendera untuk  2 Dewasa & 2 Kanak
+ RM   30.00 @  Makan Nasi Kandar
+ RM   30.00 @  Makan Pesembur di Gurney Drive
+ RM   25.00 @ Char Kiew Tiaw di Sg Dua
   RM 380.00 @ 2 Malam Hotel di Pulau Pinang

Semoga percutian anda lebih bermakna dan lebih budget untuk percutian anda. Jangan lupa hubungi kami di talian +6017 6505718.


Sunday, September 2, 2012

Wajah Baru Homestay

Salam Semua.

Terima kasih bagi tetamu yang telah menginap di homestay kami dan pada cuti raya lepas kami sempat membuat painting renovation di dalam homestay.

Agak penat membuat kerja-kerja mengecat dan memesang langsir baru serta menukar lampu terkini...

Hasilnya...

Ruang Tamu dengan wajah baru

Contra Colour di ruang tamu agar lebih ceria


Corridor yang gelap di cerahkan dengan warna terang

Ruang Bilik ke 2 dengan warna red rose


Bilik Bujang di atur agar lebih luas



Master Bedroom


Promo Kami

Wednesday, June 20, 2012

Penjelasan

Terima kasih kepada anda semua kerana telah berhubung dan menjadi tetamu kami.

"Tuan pegawai, saya nak tanya homestay ini berada di kawasan Tentera Udara DiRaja Malaysia ke?"

Ini adalah persoalan pertama di ajukan kepada kami bagi pemanggil pertama kali berkenalan dengan kami.

Sebenarnya homestay kami tiada kaitan dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) tetapi bermaksud Teratak Untuk Diulik Mimpi (TUDM) dan lokasinya hanyalah berdekatan dengan TUDM Butterworth iaitu landmark bagi kawasan sekitarnya.

Oleh itu, kami mengharapkan kalian semua jangan takut untuk menjadi tetamu kami selepas ini...

Tuesday, June 19, 2012

Ruang Dalaman

Selesa dan ringkas itulah idea kami untuk pengunjung semua. Walaubagaimana pun keperluan asas dijaga supaya hajat semua tercapai.

Dengan hanya RM130/malam anda dapat menikmati pemandangan indah laut selat dan sawah padi.


Hubungi kami : Tel atau SMS 017 650 5718 (zaidi).

Homestay kami terletak di tingkat 10, Teluk Air Tawar dan mempunyai 3bilik tidur + 2 bilik air.

Ada 2 Katil Queen dan 1 Single bed. Tiada masalah parking dan lif.

Mungkin ada yang keliru perkaitan nama kami dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang mana ianya lebih bermaksud Teratak Untuk Diulik Mimpi (TUDM).

Ruang Tamu
Ruang tamu dilengkapi sofa dan tv untuk anda menikmati suasana malam yang mendamaikan di samping menikmati cahaya lampu star cruse melunsuri Selat Melaka di Pulau Pinang.



Ruang Tamu
Dapur
Keperluan asas memasak disediakan seperti dapur gas, periuk, kuali, cerek dan disimpan di dalam kabinet.


Dapur yang ringkas
 Master Bedroom
Ringkas dan mencapai keperluan bagi tidur yang lena sambil mendegar siulan angin Pulau Pinang


Queen Bed

Single Bedroom
Ruang yang ada boleh dinikmati bagi yang memerlukannya..


Single Bed




Monday, June 18, 2012

CHAR KUEY TEOW

Ejaan yang pelbagai tetapi mempunyai menu yang sama serta berlainan resepi. Jujur saya katakan, setelah menikmati char kuey teow di Penang sampai kini saya masih mencarinya walaupun dimana saya pergi. Namun, rasa char kuey teow tidak sama seperti di Pulau Pinang.

Udang dan kuah menceritakan kesedapannya

Saya mencadangkan anda perlu mencubanya apabila anda singgah di Pulau Pinang. Antara char kuey teow yang glamor ialah Sg. Dua Char Kuey Teow dan lokasinya hanya 10km dari Homestay TUDM Butterworth.

Signboard yang mungkin akan terus kekal di ingatan


Kebiasaanya orang ramai selepas isyak dan dicadangkan anda bergerak selepas maghrib menuju ke Sg Dua melalui BORR dan betul-betul selepas jejambat PLUS exit Sg Dua. Jangan risau, peta di sediakan... Ingat tutup hari RABU.

Click link untuk melihat review blogger..


Peta di Google Maps
Screen Capture Google Maps



View Larger Map


Logo yang pasti di ingati




Udang dan kuah yang berair pasti sedap

Sunday, June 17, 2012

MERANCANG AKTIVITI

Sayang, jom pergi melancong?
Ayang plan nak bercuti kat mana?

Kita travel ke Bandung nak?
Ayang, awak ingat murah ke naik flight ke oversea tu?

(Tips nak search tiket air asia murah : http://fleapy.com/)


Ala, Air Asia kan ada... Kita cari la time sale murah-murah...
Awak ingat tiket je murah tapi tak campur lagi airport tax, insurance, hotelnya... Yang paling penting passport tu RM200 satu kepala. Awak kena ingat kita ni sekeluarga 6 orang. Kat situ saja dah cecah RM1,200 tau. Jangan ikut kawan-kawan awak kat facebook tu, pergi melancong oversea sana sini tapi pergi sorang-sorang atau laki bini je... Kita sekeluarga kena bersama, susah senang sama-sama tanggung.

Ni malas sembang ni...
Bukan apa... Kita kena ukur baju kat badan sendiri. Kawan-kawan awak kat FB tu post gambar nak menunjuk la tu. Kita tak tau tah-tah dia orang tu pergi guna card credit. Balik je gaduh laki bini sebab pening nak bayar hutang.

Ok-ok la. Tahun ni tak payah pergi mana-mana. Jangan buat open house, tak ada modal nak sembang.
Bukan macam tu. Kita melancong kat local je...

Bosan la... Asyik-asik PD, Cameron, Penang. Ayang pi la Tasik Kenyir kg abang tu. Tempat jin bertendang tu.
Jangan kutuk Tasik Kenyir tau. Tempat tu la abang dibesarkan. Kalau tak ada tasik tu jangan harap la Malaysia ni ada elektrik tau. Awak tau tak, kat kampung kami Generator Diesel orang kampung bakar sebab KL dah dapat elektrik 24 jam tapi kampung kami masih 12 jam. Sedangkan dam tu belakang kampung je...Lagi satu, kalau awak nak tau...

Tak payah sambung. Dah tau. Tu nak explain pasal kat dalam Tasik Kenyir ada Tamadun manusia sezaman Firaun atau pasal sejarah orang Melayu adalah keturunan Yahudi dari kaum yang hilang tu lost of tribes atau the promise land...
Tau pun... Tapi abang percaya orang Melayu akan hapuskan Yahudi sebagaimana hadis kata Imam Mahdi bergerak dari Timur.

Main Cover Malay is Land of Promise

Abang... Awak tu engineer buat jalan sana sini. Buka peta google maps tu. Arah timur dari Mekah sah-sah adalah Jepun. Le ni depa tu majoriti bukan Islam dan sembah tuhan matahari... Saya tak nak komen pasal hadis tapi arah Timur tu...
Ni seronok nak explain panjang lebar. Arah timur yang dimaksudkan dalam hadis tu memang betul tapi Yahudi dah tukar arah timur sebenarnya. Zaman nabi, arah Utara ditentukan oleh arah bulan bintang. Tapi Yahudi dah tukar kepada Utara magnet. Kat Wikipedia dah explain pasal true north dan magnetic north. Arah true north ada beza beberapa darjah. Bila senget sikit, Tanah Melayu tak masuk dalam peta Timur tu.



Perbezaan True North


Cuba awak bayangkan macam mana orang Melayu dapat peluk Islam dengan cepat yang mana sebelum tu hindu/budda. Abang percaya pada zaman nabi Muhammad orang Melayu dah bersepah kat Mekah berniaga.

Awak tau tak mumia firaun di awet dengan kapur barus yang mana bahan tu asal dari nusantara. Perkataan kapur dalam bahasa arab juga dipinjam dari perkataan melayu dan cuba bayangkan hadis nabi juga menggunakan perkataan kapur.

Lagi satu, dalam piramid ada ukiran pahlawan yang bersama-sama firaun melawan syaitan. Anehnya, dalam National Geogarafic Channel menjelaskan pahlawan tersebut adalah dari Asian sebab warna badannya coklat. Depa tak explain lebih detail sapa dia. Kalau perhatikan di ukiran tersebut di pinggangnya ada sejata aneh seperti keris, bertanjak dll...
Dah. Pening nak pikir...
Ok la. Back to topic. Ni nak pi local kat mana?

Penang dah 2 kali kita pi. Asyik pi mandi pantai kat Teluk Bahang dan tengok jambatan PP. Bosan la... Kalau nak makan nasi kandar kat KL bersepah tau...
Macam ni, Kita plan pi Penang tapi bukan kat Pulau tu tapi kat main land lak. Kita explore belah situ lak. Nak tak?

Idea abang?
Tak tau. Yang penting budget kita cukup sekeluarga 6 orang. Kesian kat budak-budak tu. Depa pun nak seronok melancong juga. Nanti boleh buat modal sembang dengan kawan-kawan dia orang. Sama macam awak juga...

Dialog di atas mungkin berlaku di kalangan kita yang berpendapatan sederhana. Sebenarnya terdapat banyak lokasi menarik di sekitar kita termasuklah di Penang yang belum diterokai. Cuma kita tidak tahu dimana dan bila kita boleh menerokanya.

Jangan risau, kami cuba memberi info lokasi menarik di sekitar Homestay TUDM Butterworth serta membuat itinerary kepada yang sudi mengikutinya.

Tunggu update post.

Tuesday, June 12, 2012

PASAR BERBISIK, KUALA MUDA

Hanya satu-satunya tempat di Malaysia dimana nelayan perlu berbisik dengan pemborong sebelum menjual hasil lautnya. Unik bukan? Kenapa anda tidak mengambil pengalaman ini bersama keluarga yang hanya mengambil masa 30 minit dari Homestay TUDM Butterworth?

Nelayan di Pantai

Jika anda bertuah dengan mencuba membida harga, anda mungkin mendapat hasil laut yang cukup murah seperti RM50 udang laut (4kg) berbanding harga RM200 di KL? Caranya mudah, tunggu nelayan menaikkan hasil laut dan berbisiklah nilai bidaan anda kepada nelayan tersebut .

Saya cadangkan anda memerhatikan pergerakkan nelayan dan pemborong sebelum membidanya. Kebiasaanya nelayan menjual dengan harga yang tertinggi dan mereka hendak selesaikan urusan jual beli tersebut dengan cepat supaya dapat pulang dengan segera (kes penat la kat laut tu...).


Berbisik untuk menjual

Anda berminat tetapi tiada tempat untuk memasaknya? Jangan risau, homestay kami mempunyai keperluan asas untuk memasak seperti dapur gas berserta periuk dan kuali. Beli ajelah pes siap di kedai runcit di hadapan homestay kami dan masaklah bersama keluarga. Idea lain, bakar stail BBQ di tepi pantai bersih sambil melihat air laut berirama.

Jika anda inginkan review daripada blogger, click link dibawah:

utanujanway.blogspot.com

Lokasi di Google Maps:


Screen Capture
Image Google Maps ini tidak akan kelihatan jika anda block pop-up security....


View Larger Map